Ini fenomena. Memang tak ramai yang akan beli dan baca buku ini, tetapi, untuk seorang pengkhayal yang kerap bersajak dan berpuisi, buku ini cukup meruntun jiwa!
Abdullah Jones – nama yang terselit konflik dan identiti parasit. Satu lagi terbitan Sindiket Sol-Jah dan ada kata awalan dari Pyan Habib.
Ketika saya membaca antologi sajak Rahmat Harun – Utopia Trauma – setahun yang lalu, saya merasakan kelahiran buku seperti ini jarang-jarang akan berlaku. Hampir setahun selepas itu, Sajak-sajak Suci Abdullah Jones terbit.
Utopia Trauma lebih radikal barangkali. Namun, Sajak-sajak Suci ini tidak kalah. Ia catatan luahan jiwa yang dramatis, sadis dan mungkin tidak elitis.
Ada ‘hantu’ pada buku ini. Memandang kulitnya sudah cukup ‘memaksa’ sesiapa saja yang celik buku untuk membeli dan menyimpannya – untuk dibaca, dalam kes ini, belum tentu. Satu ekspresi yang telanjang tanpa segan silu.
Saya menggemari sajak serta puisi. Saya selalu membelek sajak-sajak Allen Ginsberg di Borders. Tetapi saya marah kerana harga untuk buku-buku sajaknya terlalu mahal. Saya tak berduit untuk itu. Maka, kelahiran sajak Abdullah Jones ini jadi ubat kepada ketagihan saya.
Tak lama dulu, saya membeli himpunan sajak-sajak Salleh Ben Joned. Begitu juga catatan Jalaludin Rumi yang diterjemah serta nukilan Pablo Neruda yang sering membogelkan realiti masyarakat sekelilingnya. Semua ketelusan seperti ini dapat saya hirup dari buku sajak kecil Abdullah Jones. Tidak puas saya tatap buku ini. Sepatutnya ia harus panjang lagi, baru reda nafsu orang-orang seperti saya.
Saya petik beberapa bait-bait yang saya stim dan kembang bila membacanya…
Negaraku tidak aman
Islamku dikurung
Di dalam botol vodka para raja
Para menteriku bukan manusia
Imanku tidak aman
- negaraku tidak aman, ms. 17
Sorotan kisah min juga dalam terasa serta amat peribadi. Ada satu lagi sajak beliau yang saya ingin kongsi di sini;
Kekasih kini adalah perempuan lacur
Yang cuma perlu dibayar dengan cinta

Atau kekasih kini adalah lelaki bacul
Yang melepaskan mani dibangku taman
Kerana bernikah kini adalah haram
Selagi belum cukup sejuta wang hantaran
- grafiti ii, ms. 33
Ini adalah bait-bait yang mewakili suara Abdullah Jones, seorang lelaki yang berasal dari Tanah Melayu (Pahang mungkin), yang kini menetap di Leicester, UK… menjadi pelukis dan tidak pernah dikenali oleh sesiapa pun waima penerbit bukunya sendiri. Sungguh magis manusia yang satu ini. Ada juga jelmaan kelibat Chairil Anwar…
Untuk Abdullah Jones, saya coretkan ini…
Bogelkan jiwa kau Abdullah Jones
Londehkan selera pena kau
Lucutkan seluar dalam bahasa kau
Kerana dengan itu nanti kau akan dapat menampar
Sesiapa saja yang masih bermimpi..
Layar… kalau karam, kita berenang nanti…
Sampai berpinau mata - mati lemas
Di ketika itu
Baru kau gantung pena dan khayal kau…
Biar ia larut di alam yang mununggu waktu
Untuk ditamatkan riwayatnya
-pantai dalam, 22 mei 2007@11.37pm
1 comment:
u seriously make me consider on buying this book, man..Nazri..im buying this book on saturday!!
Post a Comment