Sabtu lalu, di meja Fahmi Reza, saya membeli sebuah buku yang jarang-jarang akan saya beli; komik. Tapi ini bukan yang biasa-biasa, ini komik sejarah Malaya - Di Mana Bumi Di Pijak.
Di dalam prakata buku ini, Amir Muhammad menulis tajuknya begini; Sejarah komik yang bukan jenaka (ataupun saya percaya terjemahan ini sepatutnya berbunyi Komik Sejarah Yang Bukan Jenaka, agaknya).
Buku nipis yang asyik ini ditulis pada tahun 1979 oleh sekumpulan pelajar-pelajar universiti di Malaysia dan Singapura ditengah-tengah gelombang aktivisme pelajar ketika itu (paling selalu dikenang adalah gelombang 1974). Mereka ini hanya dikenali dengan nama Grassroots.
Ia bukan buku baru. Versi Bahasa Melayu yang pertama diterbitkan olen INSAN pada 1987. Kini Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) menyambung lagi usaha penerbitannya dan membolehkan siapa-siapa yang berminat untuk membelek komik sejarah ini lagi.
Bagi yang malas membaca - apatah lagi dalam konteks dan subjek sejarah - buku ini mungkin sesuai untuk anda bermula. Ataupun, jika ia masih gagal untuk menarik minat dan nafsu ingin tahu anda, bayangkan saja anda sedang membelek komik Shin Chan!

---
* Dikesempatan yang lain nanti, saya akan tampalkan teks sembang-sembang saya dengan Fahmi Reza, pengarah muda dengan anak sulung bernama '10 Tahun...' di sini.
2 comments:
amaran: buku komik ini akan memaksa kamu menggunakan otak untuk berfikir... jadi kalau tak mahu letihkan otak kamu, jangan baca buku ini dan terus tengok TV. atau tengok video 10 Tahun Sebelum Merdeka!
buku ni sebenarnya ditulis/lukis oleh 4 orang pelajar Malaysia yg belajar di UK. menggunakan nama Musimgrafik, buku ni diterbitkan di UK oleh Grassroots Publisher, London pada tahun 1979 dengan tajuk "Where Monsoons Meet". tahun 1987 baru INSAN terjemahkan dalam BM.
Klik sini kalau nak beli buku ni secara online: Gerakbudaya Bookstore
Waa... byk nye ralat aku bantai! - Jelir
Post a Comment