Sewaktu bersantai dalam bilik di Cameron Highland Resort, saya tertarik dengan siaran BBC News yang memaparkan berita terbaru tentang perkembangan di Turki.
Tidak lain, ia adalah perihal pengunaan tudung yang diharamkan di sana – terutama dalam urusan dan tempat-tempat awam.
Berita yang kerap dimainkan BBC kali ini sedikit kontra. Kali ini, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutarakan pandangannya agar pengharaman tudung ditempat awam termasuk universiti di mansuhkan. Berkali-kali saya ulang-tengok berita ini dengan penuh minat.
Kata Erdogan berkenaan isu tudung dan pendidikan; “ Hak untuk mendapat pendidikan tidak seharusnya bergantung kepada apa yang dipakai oleh individu itu. ”
Turki, dibawah pemerintahan terdahulu mengharamkan penggunaan tudung secara rawaknya atas beberapa sebab. Antaranya ialah usaha mereka untuk diterima tanpa prejudis untuk menyertai kesatuan Eropah yang dipelopori oleh negara berorientasikan Kristian.
Pengharaman ini juga pernah dilihat sebagai satu strategi Turki yang sekian lama menerapkan sistem pemerintahan negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam secara sekular.
Saya turut teringat kembali pandangan beberapa orang teman yang lantang dan memandang negara Islam tunggal Eropah ini dengan penuh sinis. Kata mereka, “jangan jadi seperti kerajaan dan masyarakat Turki yang sekular.”
Dari satu sudut yang lain, Turki – walaupun dengan pendekatan pemerintahan sekular secara terang-terangan – masih mampu untuk menghidupkan dan menyuburkan Islam secara konsisten, terutama dikalangan rakyat mereka sendiri.
Ya Turki diperintah secara sukular, tetapi masyarakatnya - sepanjang pemerhatian saya, lebih Islam dari kehidupan masyarakat lain yang menganggap mereka juga Islam unggul di lain-lain tempat, termasuk Malaysia. Jadi, apa masalahnya dengan Turki?
Berita cadangan pemansuhan pengharaman tudung ini bakal memanjangkan lagi perdebatan isu ini di Turki. Elok juga umat yang diluar Turki turut sama mengikuti perkembangan ini secara dengan kerana ia sesuatu yang menarik dan berbaloi untuk di dalami.
Bagi saya, tiada kejutan tentang ini. Pandangan saya adalah, jika seseorang dibenarkan untuk memakai bikini ditempat awam- pantai contohnya, mengapa harus yang bertudung dilarang dari memakainya? Pilihan sepatutnya ditangan individu sendiri kerana itulah yang paling ideal. Ini tidak sepatutnya menjadi isu besar langsung.
Baca lanjut:
Al-Jazeera ; BBC News

bangsar utama, 20 september 2007, 11.55pm
1 comment:
sekadar berkongsi cerite orang atasan aku yang pernah ke Turki.
Masyarakat Turki ni amat taksub kepada Kamal Attartuk. Mereka amat memuja beliau..Sampai kalo nak sebut bende x elok pasal si Kamal ni pun kene jaga2 sbb derang ni sensitif.
Pasal minum arak jangan citer la..lebey kuang orang malaysia gak..life style derang memang dah ikut cara Barat ikut cakap bos aku.
Tp mmg x dinafikan ada masyarakat turki yang mengamalkan ajaran Islam dengan betul. Tp mereka ini dipandang serong kerana tergolong dalam minoriti.
Pemandu pelancong bos aku pelik biler tgk rombongan dari Malaysia ni solat cukup 5 waktu. tapi die sendiri solat x cukup waktu. kata beliau majoriti masyarakat turki mmg x cukup solat 5 waktunye.
Post a Comment