Saturday, September 15, 2007

atas nama kebenaran

Poster filem ini


Baru selesai menonton filem In The Name of The Father siang tadi. Di jamin, sesiapa juga yang pernah – atau mahu – menontonnya kelak akan berakhir dengan satu perasaan marah yang membuak-buak.

Bukan kerana filemnya tidak bagus. Tetapi tentang rakaman realiti yang berjaya dipaparkan oleh pengarahnya, Jim Sheridan.

Filem ini berlatarkan tahun 1974 di Ireland dan Britain, ketika kemuncak persengketaan pemisah IRA dengan kerajaan Britain. Ia kisah benar. Cerita tentang cinta, keluarga, kebenaran, kebebasan yang dirampas, kebangsatan mereka yang mempunyai kuasa lantas menyalahgunakannya, perihal pengkhianatan dan juga seribu satu pengajaran hidup sebagai seorang anak muda yang beralih daripada ‘entah siapa-siapa’ kepada wira rakyat umum era itu di sana.

Kes mahkamah dan laporan media yang kemudiannya mengenal empat tertuduh ini sebagai The Guildford Four bermula selepas letupan sebuah pub. Dari situlah, Gerry Conlon (watak utama) terperangkap dengan kebinatangan manusia di sekeliling.

Ditahan dan dituduh melakukan kegiatan teroris itu, filem ini memaparkan juga – secara jelas – bagaimana pihak berkuasa, polis dan pemerintah Britain khususnya – menggunakan pendekatan ‘sapu habis’ untuk memperlihatkan seolah-olah mereka menjalankan tugas dengan penuh wibawa.

Tahanan solitari, interogasi, ugutan, psikologi salah, penderaan fizikal dan mental yang dikenakan keatasnya yang akhirnya dalam keadaan dipaksa, menandatangani sehelai kertas kosong yang kemudian baru ditaip apa saja pengakuan yang mungkin, mengikut selera pemerintah mereka.

Tambah memilukan, bukan dia saja yang ditahan. Bapanya, keluarga terdekat di Britain termasuk makcik, saudara-saudara pada usia mentah, semua disapu bersih dan dijatuhkan hukuman penjara.

Konspirasi jijik pihak pemerintah tidak lama. Lima belas tahun – hukuman 30 tahun dijatuhkan – kebenaran mula terbit. Setelah melihat bapanya mati di dalam sel – sengaja dibiarkan mati sebenarnya – Gerry dan teman berempat itu mendapat simpati semua lapisan masyarakat dari luar penjara.

Protest semakin besar, desakan terhadap sistem penghakiman semakin keras dan semua yang terlibat tertekan dengan cerita konspirasi yang direncanakan 15 tahun dulu - panas bontot.

Ini cermin yang sama memantulkan imej kepada situasi setempat sendiri. Mungkin ini antara visual paling jelas menggambarkan bagaimana tahanan ISA di sini diperlakukan. Pihak berkuasa yang digambarkan dalam filem, hampir sama saja dengan realiti hari ini. Jika ini professionalisme mereka, elok bunuh saja tahanan yang ada.

Kepada yang pernah ditahan dan dipenjara, filem ini boleh mengembalikan mimpi ngeri itu. Kepada yang tidak mahu percaya akan perangai binatang yang ada pada individu yang disulam kuasa, tontonlah… bukan mata dan minda untuk melihat dunia dengan lebih saksama tanpa prejudis negatif.

Selamat menonton.

1 comment:

ariapertama said...

DISKUSI Ke 2
MUSIC FORUM.

TAJUK : CELESTIAL vs KETUHANAN – suatu perbandingan konsep Timur dan Barat.

PRESENTER : Ust. Hakim Al Haqqiy ( Komposer ).

TARIKH : 22 Nov. 2007 Sabtu mlm.

MASA : 10 mlm atau lepas sunat Tarawikh.

TEMPAT : Tandjung Studio, Puchong Utama.

BAHAN : Artis – Akil Hayy, Hijjaz, Yusuf Islam, R.Kelly dan Sami Yusuf.

JEMPUT HADIR.

Profile - Hakim Al Haqqiy.
Lulusan Syariah Univ. Mu’tah, Jordan.
Beliau seorang kaunselor/motivator. Juga merupakan ketua grup ‘30’s’, kini sedang dalam proses rakaman akhir album pertamanya bertajuk ‘Jelira 30’s’. Grup 30’s terdiri dari 3 orang penyanyi. Berkonsepkan xperimental akustik. Kesemua lagu adalah ciptaan beliau. Bakal terbit awal januri 2008 dibawah label Tandjung Rekod.