Monday, March 26, 2007

langit biru - halusinasi obses

Gambar ini diambil oleh Khalil Gibran dan diberi nama langit biru - halusinasi. Satu pagi Ahad yang indah di Tanah Tinggi Genting! Sejuk-nyaman-gigil-aku tak mandi pagi!

Monday, March 12, 2007

ektrak dari 3540 Jalan Sudin

Ini yang saya kutip bulat-bulat dari blog Nuraini A. Samad:

Lying Women Bloggers: Tengku Adnan Said So

In January, Indonesian journalist
Nila Tanzil came to Malaysia as part of a 17-member Indonesian media delegation who was invited to cover Visit Malaysia Year, and specially the Floral Fest.

Nila was representing SCTV.She came here with full credentials to do a story about beautiful Malaysia.She had high expectations but was deeply disappointed because she was up against bureaucratic ineptness and did not get the co-operation she needed from Tourism Malaysia's personnel to enable her to do her job.Nila is also a blogger. She expressed her
disappointment in her blog.

Obviously, our Tourism Minister was not amused. When asked about Nila's comments, he shot back. He was quoted by a Chinese language newspaper.Elizabeth Wong posted
this in her blog. Unless the translation is inaccurate, this is what he said:

"Bloggers are liars. They use all sort of ways to cheat others. From what I know, out of 10,000 unemployed bloggers, 8,000 are women.“Bloggers like to spread rumours, they don’t like national unity. Today our country has achievements because we are tolerant and compromising. Otherwise we will have civil war.“Malays will kill Chinese, Chinese will kill Malays, Indians will kill everybody else.”He asked people not to believe bloggers and gamble away Malaysia’s future because 50 years of Merdeka (Independence) takes a lot to achieve it.“We have to show to the people our positive attitude. If the world learns from us, there will be peace and no civil war."

**Renungkanlah ramai-ramai. Jangan kita nanti diperkotak-katik dan diperbodohkan!

semua blogger penipu... dah tu pak menteri?

Isu panas minggu sudah! Menteri Pelancongan (Pelacuran) Adnan Mansor melabel SEMUA blogger adalah penipu dan 80 peratus adalah wanita menggur. Satu kenyataan yang kamikaze boleh dikategotikan yang terkeluar dari mulut seorang menteri yang selayaknya hampir hilang akal atau nyanyuk!

Kata 'semua' itu yang menarik perhatian saya, seolah-olah dia begitu yakin dengan kenyataannya. Boleh layari blog-blog lain seperti Rocky's Bru dan Malaysia Today yang lebih kritikal untuk mendapat gambaran lebih jelas.

Macam mana seorang menteri boleh keluarkan kenyataan macam ni? Boleh pulak dia main sembur saja apa yang dia nak cakap, ikut suka hati? Apa integriti yang patut ada oleh seorang menteri?

Pada hemat saya, menteri yang seorang ni dah nak sasau. Atau pun boleh dirujuk latar belakangnya dan keluarga di blog-blog kritikal lain untuk maklumat lanjut.

Pak Adnan Mansor, bagi jaminan dulu yang 'semua' menteri-menteri ni bersih dan tidak menipu! Berani nak pertahankan pernyataan ini? Menteri-menteri lagi kuat menipu. Tambah lagi jadi pelakon talam dua muka. Pandai cakap, bukan main. Tapi isi kosong. Janganlah ingat orang lain pun tak sekolah macam kau!

Untuk menghukum 'semua' blogger menipu adalah sesuatu yang melucukan. Ia akan menaikkan lagi publisiti blogger. Apalah punya dungu menteri ni. Tanya dia dulu, berapa banyak blog yang dia baca? Apa hujah dia nak hukum 'semua' blogger menipu?

Blog sudah pun dilihat sebagai ancaman kepada tampok kedudukan ahli-ahli politik macam Adnan Mansor ini. Tak hairanlah dia tertekan lantas terus menghukum. Biarkan saja dia dalam ketakutan dihambat bayang-banyang hantunya sendiri.

Banyak rahsia-rahsia orang politik dan kerajaan sudah ditelanjangkan. Tak nampak lagi kenapa dia hukum orang lain? Sebab, dia takut nanti semua tipu muslihat suku sakat kelompok dia ditelanjangkan kepada umum. Masa tu nanti malulah nak tunjuk muka. Jadi baik dia sula dulu calon-calon yang berpotensi.

Alahai Adnan Mansor, dah nak nyanyok orang tua ni. Pak Lah dok tidoq lagi ka?

Friday, March 09, 2007

perbualan yang meresahkan…

Kelmarin, saya terlibat dalam satu sesi sembang-sembang dengan seorang lelaki separuh abad yang saya pertama kali bersua. Kebetulan ketika itu orang yang sepatutnya saya temubual belum sampai lagi. Kami pun berbual sementara mengisi masa sunyi berkenaan.

Banyak topik-topik ‘berat’ yang diusulkan, tetapi semua itu dalam keadaan paling santai dan tenang. Orang itu pun bersahaja dengan hilai tawa kematangan.

NSTP

Satu daripada perkara itu adalah berkaitan media di Malaysia. Dia memandangn tag NSTP yang tergantung di leher saya dan saya yakin, itulah yang menjentik fikirannya untuk membuka perbualan berkenaan media itu.

Orang ini, yang saya panggil Cik Mat, terus saja membuka ceritanya berkenaan suratkhabar NST ini. “Saya dulu minat sangat baca NST ni. Artikel dan tulisan-tulisan dia kritis dan membina,” ulasnya pendek. Namun itu ketika zaman-zaman penulis veteran yang memimpin. Mungkin masa A. Kadir Jasin, mungkin juga era kolum Salleh Ben Joned. Itu saya tidak tahu.

Tapi menurutnya semua itu berubah – lanskap – akhbar berkenaan merudum imejnya pada panadngan peribadinya bermula era pemecatan Anwar Ibrahim

“Masa tu, NST nampak jelas sebagai berpihak. Itu satu hal dan saya tak kisah. Masalahnya, tulisan-tulisan dalam akhbar itu seolah menghina pembaca. Mereka buat macam kita ini tak tahu apa-apa, memperbodohkan pembaca !” itu luahan keras yang saya hidu dalam bual tenang tengah hari itu.

Bermula daripada itu, Cik Mat ini tidak lagi membaca NST. Saya juga menyokong pernyataan dia yang mengatakan jumlah jualan NST semakin merudum. Saya tidak ada angka statistik untuk membuktikannya. Dan itu pun bukanlah penting sangat kepada kita. Cuma, jika dilihat perkembangan semasa, orang lebih gemar membeli dan membaca terbitan akhbar Inggeris lain seperti The Star dan The Sun yang boleh diharap. Di samping itu, dia juga ada menyebut berkenaan Malaysia Today yang lebih memberangsangkan laporannya. The Star barangkali pernah menikmati era ‘emas’ hasil daripada pengiklanan! Ini kerana pesaingnya – NST – sedang bergelumang dengan rentak politik kotor yang siap dilakarkan dan kucar-kacir dengan pihak pengurusan yang turut dipolitikkan juga. Barangkali…

“Surat khabar sepatutnya telus, baru orang hormat… tell it as it is…” jelasnya lagi.
Mungkin benar NST sudah hilang banyak sokongan khlalayak pembaca. Kes saman blogger yang masih berjalan kini pun bakal menjadi satu bala kepada NST.

Proton

Dia juga meluahkan rasa resah dan sedih ke atas perkembangan Proton. Dia menyoal saya, apa yang saya fikirkan berkenaan Proton. Bagi seorang yang tidak banyak ambil pusing hal Proton ini, saya menjawab selamba bahawa Proton sememangnya memerlukan seseorang yang mampu dan faham untuk membuat ‘pusing balik’ dalam pengurusannya. Dia kata itu mungkin betul. Tetapi sebelum kita cari ‘seseorang’ itu, penting bagi kita untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Dia bangga dengan projek itu – projek kebangsaan katanya. Tetapi dia sedih melihat perkembangan terbaru di Malaysia. Katanya kereta nasional itu yang diberi perlindungan di sini bukanlah kerana ia gagal bersaing. Cuma, yang dibangkitkannya adalah – Proton itu mahu diletak untuk bersaing dengan siapa? Proton bersdia dengan AFTA, itu bukan persoalan. Tetapi menurutnya lagi, ‘duri-duri’ dalam pasaran tempatan yang membunuh kembang biak Proton. Yang dimaksudkan adalah AP dan kereta-kereta murahan Korea. Di sana, atau Jepun, kereta luar jangan diharap dengan senang-senang akan dibenarkan masuk yang berkongsi pasaran dengan kereta keluaran mereka seperti Honda, Toyota dan sebagainya. Perbincangan untuk membawa masuk model luar boleh memakan masa setahun paling kurang!

Itu semua adalah tindakan dua serampang yang juga boleh di lihat sebagai langkah untuk melindungi pasaran kereta mereka. Mengapa Proton tidak boleh diberi perlindungan sebegitu di tempat sendiri?

Kata orang kualiti kereta Proton teruk. Cik Mat menganjurkan soalan ini; kualiti Proton teruk kalau dibandingkan dengan kereta mana? Jika diletakkan dengan nama Jepun seperti Honda dan Jepun, boleh diterimakah?

Perkembangan automotif Jepun sudah menjangkau ratusan tahun dan Proton baru saja berusia 25 tahun, bolehkah dibandingkan secara rasional berbezaan pengalaman dan teknologi dalam tempoh berkenaan?
Kualiti pun, mana-mana produk automotif dari mana-mana kelas ada masalahnya.
Katakan saja apa jenama dan teknolginya, pasti ada masalah!

Jadi mengapa Proton tidak dibolehkan untuk mendapat perlindungan ditempat sendiri? Itulah persoalan yang menghantui dia...

Subsidi petrol

Satu lagi bab menarik adalah berkenaan tarif minyak yang ditetapkan pemerintah. Cik Mat merasakan perlu ada rombakan kepada sistem subsidi minyak seperti yang selalu dilaungkan pemerintah bila saja mahu menaikkan harga minyak.

Kesnya begini, mari kita anggap yang pemerintah benar-benar memberi subsidi kepada rakyat. Ambil contoh kereta A dengan kapasiti enjin 1.0 dengan kereta B yang berkapasiti enjin 3.0. Tangki penuh bagi A hanya RM50 manakala B sehingga RM200 tanpa subsidi, katakanlah!

Lumrahnya, orang yang berpendatan kecil akan memilih kenderaan yang juga kecil – kerana itu saja setakat yang mampu. Subsidi ini niatnya diberikan adalah untuk membantu rakyat – murni niat itu. Semestinya, apabila perkataan ‘bantu’ itu digunakan, ia adalah secara objektifnya merujuk kepada golongan yang memerlukan. Betul?

Tapi kes subsidi minyak ini terbalik, pemerintah lebih banyak membantu golongan kaya berbanding yang sederhana dan berpendapatan rendah. Macam mana boleh jadi begini?

Katakan subsidi yang diberi adalah 50%. Bagi kereta A tadi, harga yang dibayar untuk satu tangki penuh adalah sepatutnya RM50. Dengan adanya subsidi pemerintah sebanyak 50%, bermakna hanya RM25 perlu dibayar oleh si pemilik. Bagi kereta B pula, hanya RM100 perlu dibayar oleh si pemilik dan RM100 lagi dibayar oleh pemerintah.

Sekarang, lupakan jumlah yang perlu dibayar oleh pemilik itu. Kita lihat angka yang dibayar oleh pemerintah melaui subsidi ini. Siapa yang sebenarnya dibantu oleh pemerintah?

Rasionalnya, kita membantu orang yang susah. Dalam contoh di atas, pemilik kereta A adalah lebih ‘susah’ berbanding pemilik kereta B. Tetapi apa yang berlaku adalah, pemerintah ‘membantu’ pemilik kereta B lebih daripada pemilik kereta A. Memang wujud teori bantuan di sini, tapi kenapa bantuan yang lebih diberikan kepada mereka yang tidak memerlukan? Semestinya si pemilik A adalah lebih memerlukan berbanding pemilik B!

Mengapa tidak dipakai konsep cukai jalan? Sekiranya kereta berkapasiti kecil, maka cukainya juga kurang jika dibandingkan dengan kereta kapsiti besar.

Persoalan rumusannya adalah, mengapa pemerintah memberikan bantuan dalam bentuk subsidi kepada orang-orang kaya dan berada lebih daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang sepatutnya mereka terima di negara ini?

Atas alasan inilah sistem subsidi dirasakan perlu dirombak semula!

Sepanjang perbualan dengan cik Mat ini, saya ada juga bertanyakan latarbelakang pekerjaannya sebelum ini. Dia hanya sempat bercerita mengenai penglibatannya dengan Kompleks Kewangan sekitar tahun 1982. Selebihnya dia hanya menjawab yang dia bekerja di sektor koperat.

Tanpa saya sedari sebelumnya, saya bertanya kepada orang yang saya sepatutnya berjumpa dari awal lagi - Haidi. Menurut Haidi, cik Mat adalah bekas penjawat kedudukan tinggi dalam Proton. Dia adalah seorang daripada lima jurutera yang dipilih Mahathir ketika mula-mula menghantar kumpulan penyelidik ke England dulu.

Dari siti baru saya sedar mengapa dia begitu bersungguh dalam resah dan kematangan berbincang perihal dan perkembangan dalam negara. Dan saya juga baru teringat yang dia ada menyetakan bahawa dia banyak habiskan masa tinggal diluar negara... mungkin satu kebetulan dan ia kebetulan yang menginspirasikan! Terima kasih cik Mat, jumpa lagi...
- 9 mac 2007, pejabat-pj