Saya bersembahyang Jumaat di masjid Kg. Kerinchi tengah hari tadi. Kemudahan memang cukup bagus, cukup sifat sebagai sebuah masjid era kini. Ada projektor paparan video sekali! Tapi saya sangat-sangat terbius dengan khutbah yang disampaikan.
Tajuk minggu ini - Menangani pembiakan nyamuk aedes dan denggi - lebih kurang macam itu lah. Apalah sangat rasional di sebalik topik ini?
Di kala mana saat ini si bangsat Yahudi sedang sibuk mengorek perkarangan Masjid Al-Aqsa di Timur Tengah, umat Islam di satu sudut kecil Malaysia ini diperdengarkan perihal seekor nyamuk dan jentik-jentik. Saya setuju dengan kenyataan yang Islam menganjurkan umatnya memelihara kebersihan diri dan persekitaran.
Tapi tajuk itu tak payah tunggu untuk diperdengarkan di masjid, tambahan lagi untuk khutbah Jumaat. Semua orang dah tau dah, denggi dan nyamuk halus yang bawa virus itu.
Di sekolah, budak-budak kecil dan belajar pasal benda itu. Kalau tak percaya, tanya mereka apa itu 'fogging'. Bagi orang tua-tua, dah tak payah nak diperingatkan lagi dah, sebab mereka yang tak kesah hal seperti ini sememangnya bebal!
Terus terang, khutbah hari ini membuatkan saya rasa seperti menghadiri seminar kesihatan di Kg. Kerinchi ini!
Kalau topik itu dikupas dengan lebih berani dan dari sudut yang berbeza, boleh tahan lagi. Tapi ini tak berlaku. Semua benda-benda sama. Statistik jangkitan denggi - nak buat apa bagi tahu masa khutbah, dalam siaran RTM 1 pun selalu ada terpapar.
Perhimpunan seminggu sekali di rumah Allah ini sepatutnya digunakan secara optimum. Berbincanglah hal-hal yang lebih serius. Siapa salah kalau orang tak dengar khatib baca khutbah kalau topik yang dikupas pun tak berapa nak sesuai?
Kalau begitu, maksud khutbah Jumaat itu pun tak sampailah. Khutbah itu rukun dalam solat Jumaat, kalau rukun berkenaan tak sempurna, macam mana pula ibadat solatnya?
Ustaz-ustaz, khatib, jemaah qariah masjid tolong jawab... Sibuk suruh orang lain muhasabah, sendiri punya hal tak reti pula nak muhasabah. Semuanya munasabah saja kalau dia yang buat.
Satu soalan - khutbah walaupun tetap dilakukan sebagai rukun dalam solat Jumaat namun tak ada jemaah yang dapat memanfaatkan isi kandungannya - adakah ia dikira sah? Ibadat solat Jumaat itu dikirakah?
Jangan tipu, siapa-siapa pun tak boleh jawab soalan ini! Sekali lagi, ustaz-ustaz, tok imam, haji, ahli jawatan kuasa masjid, alim ulama, mufti - tolong jawab. Jangan asyik sibuk mengendap orang beromen saja, banyak lagi perkara penting lagi serius yang kamu terlepas pandang. Kalau betul hebat, sahut seruan untuk ubah masyarakat. Barulah orang hormat! Baru boleh jadi orang yang mulia...
-ruang pejabat, pj. 9 Februari 2007 6.13pm
-ruang pejabat, pj. 9 Februari 2007 6.13pm
No comments:
Post a Comment