Thursday, January 11, 2007

hantu, syaitan dan gelombang


Hantu Dari Sudut Fizik
Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya.
Oleh Nasron Sira Ibrahim (Berita Minggu, 24 Disember 2006)

Saya tertarik dengan penemuan di dalam artikel seperti yang dinyatakan di atas. Hantu yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya merupakan satu subjek yang menarik untuk dihuraikan secara ringkas di sini.

Saya mempunyai pengalaman peribadi berkaitan hantu ini – atau jin, atau makhluk halus – dan yang paling penting, ia digunakan oleh manusia yang tak tahu bersyukur kepada sang Pencipta. Tak berapa lama dulu, kedua ibu bapa saya ‘diserang’ hantu. Cerita itu mengejutkan saya yang tidak pernah langsung terbayang perkara sebegitu bakal menimpa keluarga sendiri. Dua ekor hantu yang dibela dihantar untuk mengganggu rumah kami. Ibu saya diresapi makhluk berkenaan. Kesannya? Habis raut wajah wanita yang tiada bermusuh itu senget-benget, herot dan lari struktur asal wajah manusia.

Mulutnya saya difahamkan herot ke sebelah kiri, matanya sebelah terbeliak dan berair! Bapa pula diserang dibahagian pinggang, langsung terlantar lupa diri. Sekejap-sekejap dia bagai dirasuk. Ini cerita yang saya dengar sendiri daripada rakan-rakannya yang membantu kerana saya dilarang pulang ke rumah kami ketika itu.

Namun, Allah Maha Besar! Semuanya pulih seperti sedia kala. Tidak perlu saya bercerita mengenai kebusukan hati bangsa Melayu di sini… Tak pernah sedar diri. Hidup Melayu! Laungan bodoh yang penuh sentimental dan sakit mental.

Berbalik kepada artikel asal sebelumnya. Isi utama yang disampaikan adalah penggunaan teknologi Colour Vibration Therapy (CVT) untuk menghalau hantu di dalam badan. Saya sedang berbicara mengenai ilmu sains, bukan ilmu hitam yang jenuh bersekongkol dengan hantu raya.

Hantu menurut Prof Dr. Sir Noorhisham Wahab, Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Lanka ini adalah tergolong dalam makhluk jenis ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema. Saya baru tahu, hantu ini pun wujud dalam bentuk fizik juga…. Menarik sungguh!

Disebabkan formasi hantu ini daripada unsur gelombang, mereka akan dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi kesan negatif pada kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Jika kes ini dirujuk kepada doktor, mampus mereka tak dapat kenall pasti punca sakit berkenaan. Ini kerana, bagi merawat kembali gangguan hantu syaitan ini, kita perlu ‘mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin syaitan itu.

Caranya begini, satu ‘gelombang infrasonic berfrekuensi amat rendah yang lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke satu bahagian. Apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit akan kembali pulih.’ Ini bukan cerita lawak yang saya reka, tetapi kaedah yang sudah terbukti kesahihannya. Hantu macam manusia juga, senang berasa tidak selesa. Jadi, tak payah hairanlah manusia yang macam hantu.

‘Amalan membaca Surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga suci dan murni, berlaku.’

Zikir juga ubat yang mujarab untuk menghindar dari gangguan hantu. ‘Zikir mempunyai gelombang tetap dn apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.’

Turut tercatat di dalam artikel berkenaan, dongeng yang dianggap kurafat oleh masyarakat Melayu seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu rumah sebenarnya terbukti benar mengikut prinsip sains bagi menghindarkan gangguan hantu atau jin ini. Besi mampu untuk memerangkap dan menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang meninggal dunia. Cermin pula berupaya menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. “Perkara seperti ini bukan khurafat, tetapi kita perlu memahami konsepnya,”kata Prof itu.

Jadi, macam mana? Berani nak keluar tangkap hantu? Kira maju jugalah kaum kafir yang umat Islam anggap sesat yang pernah menghasilkan cerita Ghoshbuster dulu. Mereka mampu mendekati konsep fizik hantu walaupun niat mereka hanya menyediakan bahan hiburan. Tonton kartun dan filem itu, konsep sama mereka terapkan untuk berlawan dengan hantu. Cuma realitinya tak payahlah menggunakan mesin yang besar-besar!

Cara nak lawan hantu yang kacau manusia kita dah jumpa, tapi macam mana nak lawan manusia yang perangai serupa hantu?

**Nota: Setiap kuotasi bertanda ‘’ dipetik terus dari artikel asal.


12.13pm – pantai dalam—IBM ThinkPad 600

Monday, January 08, 2007

tol & susu anak



Gambar ini menyimpan seribu satu baris ayat untuk menggambarkan betapa terhimpitya warga kota Malaysia yang bertuah ini. Tol naik untuk puaskan serakah siapa? Semua alasan yang beri basi begitu saja, ahli politik pun dah tak berapa cerdik nak menipu. Sekarang orang dah mula sedar, walaupun ramai juga lagi yang asyik bermimpi di dalam zon selesa. Mana pembela bangsa Malaysia?