Isnin lepas, aku tak buat kerja di pejabat. Langsung tak ada satu pun kerja yang aku buat! Asyik melangut - semua orang dalam ofis ni. Penerbitan dalam BH ini, yang tengah kami kerjakan dah goyang-gelek. Ura-ura nak bungkus pun ada - almaklum, iklan tak masyook!
Hari ni Isnin lagi. Setakat ni sepatah haram pun aku tak taip apa-apa pasal kerja. Melainkan taip blog ini!
Berita terbaru, 16 muka surat yang dikerjakan sebelum ni dah jadi 12. Agaknya sebab tak ada iklan barangkali, BH potongkan ruang bagi jadi lagi sikit.
Memanglah best, sebab tak banyak kerja. Tapi ini serampang dua mata. Aku rasa lagi 3-4 keluaran terus tak ada kerja la kami ni! Hehe. Sikit-sikit kena potong, sampai habis- terus bungkus.
Tapi aku tak risau sangat. Tu yang pelik tu. Seronok lagi adalah. Bersiap sedia menghadapi hari muka - ini moto 'penerusan' hidup aku buat masa ni.
Takpa lah, ikut je ketentuan dulu. Tapi jangan harap aku mengalah...
Selamat untuk semua!

isnin - 2 April 2007
Sikit-sikit kena potong, sampai habis- terus bungkus.
No comments:
Post a Comment