Tuesday, April 17, 2007

diskusi tupai

Paginya saya baru menghabiskan ‘pusingan’ pertama bacaan buku Islam & Pluralisme susunan MEGC (Middle Eastern Graduate Centre). Lewat petang pula – ketika mengisi kekosongan minda selepas hujan – Fao menelefon untuk memaklumkan tentang satu sesi diskusi santai pada malamnya. Dalam kontang rayau Pasar Seni senja Sabtu, saya hadir ke perjumpaan itu.

Di atas meja – ketika saya sampai malam itu– ada satu terbitan buku baru bertajuk Islam, Religion and Progress (kalau tak silap). Ia merupakan terbitan kompilasi pertama rakan-rakan penulis bebas dari Singapura yang mewakilkan kelompok mereka dengan nama The Reading Group (RG). Boleh layari laman siber mereka di www.thereadinggroup.sg.

Saya belum membaca buku berkenaan. Tapi, dari selak-selak awal masa itu, seperti ada persamaan di antara dua buku yang saya nyatakan tadi. Kedua-duanya saya percaya menyentuh persoalan Islam – dalam jalur pemikiran yang mahu dilebarkan lagi. Atau setidak-tidaknya, secara intelektual mahu menyentuh perihal perkembangan Islam, terutama perkembangan aliran pemikiran yang ada di dalamnya.

Banyak isu dan topik yang disentuh. Secara kolektifnya, saya sifatkan sesi itu sebagai salam perkenalan – bertukar pandangan di dalam satu konteks yang berlaku di kelompok berlainan negara bertiga ini.

Antara yang menarik perhatian saya adalah isu-isu sekatan maklumat (atau buku) yang dihadapi di Singapura dan mungkin juga Malaysia. Banyak bahan baca yang semacam mahu dihalang daripada sampai untuk tatapan masyarakat umum. Hanya bahan yang tidak bercanggah dengan kepercayaan pemerintah saja dibenarkan.

Ini proses yang agak mengelirukan. Pada satu tahap, mereka berbicara tentang perihal globalisasi dan keterbukaan dunia, dan di satu titik yang lain seakan takut dengan bayangan sendiri. Perkembangan ini secara sinis memamarkan betapa masyarakat di dalam dipersiapkan untuk menghadapi acuan globalisasi yang entah macam mana bentuknya, cuba disogokkan pula dengan unsur ketakutan. Takut terpengaruh dengan implikasi negative yang bercanggah dengan norma tradisional… kata mereka.

Ini juga memberi gambaran yang masyarakat umum tidak diberi kepercayaan untuk mengharungi konsep keterbukaan yang dianjurkan. Ia seolah-olah mahu terus memeramkan segala tunas-tunas percambahan minda yang mungkin sedang dipersiapkan secara sendiri oleh golongan umum begini.

Seperkara lagi, seperti yang dibangkitkan oleh Azhar Ibrahim (Singapura), iaitu konservatisme bahasa. Dalam bahasa mudah saya, ungkap saja seperti ini – kebekuan bahasa.

Bahasa Melayu contohnya, kebelakangan ini menjadi keliru. Asalnya pun bahasa yang dikenali sebagai bahasa Melayu ini sangat longgar – banyak meminjam istilah-istilah Sanskrit, Arab dan pastinya Inggeris.

Kesan daripada perkembangan ini, pada saya, dapat dilihat masa ini. Penggunaan bahasa Melayu dan perkembangannya menjadi semakin beku. Bahasa Melayu tidak dapat lagi bernafas untuk mewakili kelompok barunya sendiri. Contoh, penggunaan bahasa Inggeris yang di’melayukan’ – yang kemudiannya didaftarkan di dalam kamus – menjadi satu pendekatan baru. Menyamai piawai dunia mungkin. Kata efisyen – ada yang menegur ejaannya salah, sepatutnya efisien (ataupun terbalik!)– adalah cuma pembayang yang tidak ada makna. Daripada menciplak kata berkenaan, elok dibiarkan saja penggunaan kata ‘cekap’ untuk menyampaikan maksud yang sama. Ataupun elok dilanggar saja konstruk bahasa itu agar lebih bebas?

Saya akan menggunakan kata ‘uniformiti pemikiran’ untuk perenggan ini, pinjam sedikit bahasa Inggeris, mencemar bahasa. Ini juga satu permasalahan yang ditimbulkan dan bukan hanya pokok persoalan bahasa. Untuk penjelasan, uniformiti – atau… saya pun tidak pasti wakil bahasa Melayunya apa – adalah satu terma untuk menggambarkan satu acuan, dalam konteks di sini adalah acuan pemikiran. Sama hubungannya dengan penyekatan bahan bacaan tadi juga. Hanya acuan dan aliran pemikiran seperti yang mahu ditanam di dalam minda masyarakat melalui sistem pendidikan rasmi saja yang dibenarkan untuk menular. Jika ia satu aliran yang berlainan, ia akan dianggap songsang malahan boleh ke tahap cop mohor sesat! Ini bukan saja betul-betul menarik malahan menggerunkan…

Isu yang paling asyik diunjurkan pula adalah sekitar perkembangan Islam. Ini, bab yang saya tidak mampu untuk huraikan. Saya sendiri samar-samar di dalam persolan ini. Maka eloklah dibiarkan saja begitu memberi orang yang lebih arif – atau sekurang-kurangnya mereka yang merasakan dirinya arif – untuk mengulas panjang.
-16 April 2007 - pantai dalam

Monday, April 09, 2007

hidup meniti ranjau

“Sejak di bangku sekolah, dia dianggap budak berotak geliga. Rajin membaca dan pintar. Dia adalah anak Pahang yang pertama lulus peperiksaan Senior Cambridge dan pernah menjadi majistret kelas tiga di Kuala Lumpur.

Sekiranya dia mahu hidup senang dan mewah dengan kelulusan dan kepintarannya sebagai seorang pegawai kerajaan, dia mampu memperolehinya tetapi yang anehnya dia memilih hidup untuk meniti ranjau. Mengapa? Pengalaman suka dukanya dan pahit getir yang pernah dialaminya sejak muda dulu teradun dalam buku ini.”

Dalam sungguh rantaian kata ini untuk dijadikan pembakar jiwa yang kontang. Ia juga terngiang-ngiang dan berdengung di dalam kepala otak, membawa satu bantaian nafas baru yang sebetulnya pernah dialami oleh ramai manusia. Kata-kata ini dikutip daripada kulit belakang buku Hidup Meniti Ranjau – Biografi Ishak Hj. Muhammad @ Pak Sako. Ia terbitan 1991, garap daripada Wahba.
- 8 april 2007 - pantai dalam

Wednesday, April 04, 2007

chris pfeiffer

Aku kurang pasti kalau-kalau aku patut semadikan nama chris pfeiffer di sini. Dia seorang penunggang - juara dunia untuk streetbike - yang baru aku kagumi. Tadi pagi sempat menyaksikan demonstrasi dia. Memang terpukau aku.

Tambah gelabah bila aku sedar yang pentas kecil tempat aku berdiri untuk mengambil gambar aksinya itu tidak berpagar! Nasib baik tak tinggi sangat. Agak-agak nak roboh, aku rasa ok saja kalau nak lompat terus. Nasib baik aku sorang2 saja kat atas tu.

Umur lima tahun dah didedahkan buat stunt atas motor. Aku rasa orang kita patut tiru modul mak bapak chris ni, barulah hantu mat rempit ni tak bangkit. Nak main motor, bagi dia pendedahan yang betul. Jangan nanti jadi kutu-motor-kepeng-melayang dan menyusahkan orang lain.

Nak buat satu-satu benda, buat betul-betul, ikut jalan yang kau rasa betul. Baru orang hormat. Macam jugak Chris ni, rasa-rasa apa benda lagi yang dia tahu?

Tak ada apa, motosikal saja dunia dia. Tapi dah boleh kira habis menyelam makhluk ni, bukan picisan!

- rabu 4 April 2007

Tuesday, April 03, 2007

selamat berjumpa tuhan kau, sharon!

Seawal terjaga pagi tadi – jarang-jarang untuk pagi Ahad – aku tersepuk depan tv. Biasalah, Ahad – mengeram. Tapi pagi ini aku terasa lain macam. Terasa nak sembelih orang!

Tapi bukan orang sembarangan. Orang-orang Yahudi Zionis! Discovery Channel ada menayangkan dokumentari Years Of Blood, berkaitan perkembangan Asia Barat – Ariel Sharon, Yahudi, rakyat Palestine, Yasser Arafat, almarhum Ahmad Yassin dan semua-semualah.

Perasaan benci membuak-buak dalam diri aku, dada berombak marah. Yahudi Zionis ini memang bangsat. Sebangsat-bangsat bangsa yang ada di muka bumi ini, Yahudi Zionis lagi bangsat. Kalau kau rasa yang bangsat, kelompok Zionis ini lagi bangsat – itu tak perlu dirisaukan dan dipertikaikan.

Kerjanya, komplot jahat Zionis ini hanyalah menindas rakyat Palestine. Dalam dokumentari ini ada ditunjukkan video-video dialog Ariel Sharon dan keterbukaannya untuk menakluki tahah Palestine.

Pada pendapat aku, Yahudi Zionis ini pandai memanipulasi soal agama mereka dan dengan cara ini meraih sokongan ramai khalayak awam.

Bila mereka membunuh, dikatanya itu untuk membela nasib rakyat sendiri – hak untuk mempertahankan diri. Tapi bila ada pejuang Yahudi yang meletupkan diri, itu dijadikan modal untuk menyerang daerah-daerah Palestine dan mendudukinya.

Kereta kebal, peluru dan roket lawan batu dan senapang patah – apa punya bangsat orang macam ni? Bacul!

Dua babak yang paling aku suka. Satu – penahanan kapal kargo Karine A yang didakwa dibeli oleh seorang rakyat Palestine yang kini menetap di Iraq. Mossad berjaya menahan kapal berkenaan dan selepas diselongkar, banyak senjata api ditemui. Maka siangnya pun turunlah si babi gemuk bernama Ariel Sharon dengan pemberita antara bangsa ke pelabuhan yang aku terlupa namanya. Semua buat muka terkejut – Yasser Arafat pun terkejut! Dan katanya itu adalah muslihat Israel untuk mengenakan kepimpinannya.

Kedua, pengusiran penduduk Yahudi dari penempatan mereka di… ah, aku lupa kat mana! Tapi jumlahnya 8,000 orang yang terpaksa dipindahkan. “Yahudi tidak mengusir Yahudi lain…” jerit protestan bangsa bangsat itu.

Keluar saja Yahudi dari kawasan itu – yang dilakukan secara paksa oleh askar mereka sendiri, maka berpestalah penduduk Palestine yang kembali ke tanah itu yang terletak di daerah tepi laut.

Turutan macam dalam drama cerekarama lah pulak! Sial punya Zionis!

Kediaman dan pejabat Yasser Arafat di Ramallah dikepung dan hampir musnah disodok oleh jentera Yahudi. Ada saja alas an yang dikeluarkan bagi menghalalkan tindakan manusia jahanam ini. Amerika Syarikat dan Israel memilih Mahmood Abbas sebagai Presiden Palestine, kerana katanya Yasser bukanlah orang yang boleh mereka bawa berbincang! “Hapuskan dia, ini saja peluang terbaik kita untuk melakukannya…” itu kata Sharon kepada jeneral Mossad yang aku terlupa namanya pada satu perjumpaan tergempar susulan dari pengepungan ini. Ini saja yang mereka mahu, membunuh!

Sehinggalah Yasser Arafat jatuh sakit teruk dan dibawa ke hospital tentera di Perancis. Tak lama selepas itu pun maka wafatlah pemimpin Fatah yang satu ini. Maka bersuka rialah Zionis kerana mereka berpendapat bahawa selagi Arafat ada, tidak akan menjadi ‘perjanjian damai’ Asia Barat itu.

Begitu juga dengan pembunuhan seorang tua yang lumpuh dan buta dipagi hari ketika hampir masuk waktu subuh. Sheikh Ahmad Yassin – benar-benar kuat aura dan penangan pengaruhnya sampai terketar lutut Yahudi Zionis. Nak bunuh orang tua yang tak mampu jalan ini pun dihantarnya roket bertubi-tubi. Bersaksilah semua terhadap kebinatangan dan kepariaan makhluk yang tidak pernah kenal diri mereka sendiri ini.

Tapi, mereka lupa. Mereka tidak boleh lari dari hokum karma. Petunjuk kepada ini sudah pun terjadi kepada kepala besar mereka, Ariel Sharon. Dia jatuh sakit – pendarahan sereberum otak – haha, padan muka kau babi gemuk. Sampai hari ini tidak diketahui perkembangannya, koma tunggu nak mati.

Aku agak sekarang ini dia sedang bermesyuarat dengan tuhan yang dia yakini untuk meminta plan dan rancangan baru ke atas Palestine. Tunggulah mati kau dalam azam wahai si gemuk yang zalim!

Untuk kes di sana, tidak perlu perjanjian damai. Atau yang sebetulnya lakonanan untuk memeterai perjanjian seperti itu. Yahudi Zionis bangsa bangsat yang harus dihapuskan. Palestine, teruslah kamu menekan dan menyerang bangsa babi itu, tidak perlu tunduk kepada desakan luar. Kita yang diluar sempadan mereka tidak akan pernah merasai apa yang mereka rasai. Mohonlah doa ke atas Palestine, itu saja senjata kita. Hancurkan Israel, bunuh pemimpin-pemimpin mereka dan luputkan negara yang tidak akan pernah berdaulat itu dari dunia ini. Selamat Palestine!

Ahad - 25 Mac 2007

Monday, April 02, 2007

isnin

Isnin lepas, aku tak buat kerja di pejabat. Langsung tak ada satu pun kerja yang aku buat! Asyik melangut - semua orang dalam ofis ni. Penerbitan dalam BH ini, yang tengah kami kerjakan dah goyang-gelek. Ura-ura nak bungkus pun ada - almaklum, iklan tak masyook!

Hari ni Isnin lagi. Setakat ni sepatah haram pun aku tak taip apa-apa pasal kerja. Melainkan taip blog ini!

Berita terbaru, 16 muka surat yang dikerjakan sebelum ni dah jadi 12. Agaknya sebab tak ada iklan barangkali, BH potongkan ruang bagi jadi lagi sikit.

Memanglah best, sebab tak banyak kerja. Tapi ini serampang dua mata. Aku rasa lagi 3-4 keluaran terus tak ada kerja la kami ni! Hehe. Sikit-sikit kena potong, sampai habis- terus bungkus.

Tapi aku tak risau sangat. Tu yang pelik tu. Seronok lagi adalah. Bersiap sedia menghadapi hari muka - ini moto 'penerusan' hidup aku buat masa ni.

Takpa lah, ikut je ketentuan dulu. Tapi jangan harap aku mengalah...
Selamat untuk semua!
isnin - 2 April 2007

Sikit-sikit kena potong, sampai habis- terus bungkus.