Wednesday, February 28, 2007

faktor suasana ceria

Baca Mingguan Malaysia Ahad lalu – 25 Februari 2007? Ada ungkapan yang baru saya dengar dan terus jatuh cinta! ‘Faktor suasana ceria’ atau kata asal Inggerisnya feel good factor.

Di dua tempat saya terjumpa perkataan ini; satu di artikel ‘Ekonomi: Mengakulah kita dilandasan yang betul’ tulisan Khairy Jamaluddin dan kedua 'Kenapa masih tidak yakin' – wawancara bersama Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua. Dalam kedua-dua artikel ini kedua-dua manusia ini bercakap berkenaan keteguhan dan perkembangan positif ekonomi Malaysia kini.

Itu asasnya, dan dua-dua manusia ini sekali lagi menjadikan RMK-9 sebagai satu lagi teras dalam hujah masing-masing.

Saya sempitkan pandangan kepada ‘kata baru’ yang saya jatuh cinta itu saja dalam ulasan ini dan bukannya keseluruhan artikel terbabit. Baca sendiri kalau nak tahu apa mereka berdua kemukakan.

Kata Khairy; “Alhamdulillah, belum sampai setahun RMK-9 dibentangkan di Parlimen, kerajaan telah berjaya mengembalikan faktor suasana ceria atau feel good factor yang telah tidak dirasai sejak pilihan raya umum 2004 berlalu. Suasana ceria ini pastinya berpunca dan bersandarkan kepada beberapa pengumuman angka ekonomi yang begitu menggalakkan, sekali gus membuktikan bahawa ekonomi negara hari ini berada pada landasan kedudukan yang lebih kukuh berbanding tahun lalu.”

Angka yang dimaksudkan selepas ayat itu adalah 1,278.22 – catatan indeks komposit.
Nor Mohamed Yakcop pula berpendapat; “Saya tidak nampak mengapa terdapat orang masih mempertikaikan angka-angka itu kerana faktor feel good nampak jelas. Saya yakin tidak ramai yang tidak percaya dan lebih ramai yang percaya.Selalunya yang percaya tidak sebut mereka percaya. Saya percaya bilangan yang mempercayainya (silent majority) lebih ramai.” Menyokong cakap-cakapnya adalah jumlah RM300 bilion dana dalam KWSP yang bakal dicapai dalam dua tiga minggu ini.

Saya mula memikirkan perkara yang remeh-temeh yang terpacul dari dua artikel ini. Sebabnya, kedua-dua manusia ini juga menggunakan bayangan yang remeh temeh dan tidak dapat ‘disentuh.’

Indeks komposit dan dana KWSP- apa perubahannya kepada taraf hidup khalayak umum negara ini? Apa perubahan dalam hidup anda dalam setahun dua ini, saya tanya? Adakah kos sara hidup semakin menurun sehingga membuatkan ramai yang mula senang hati?
Bagi saya tidak juga. Tak banyak perubahan yang dirasai.

Saya tertanya-tanya, bagaimana untuk menilai tahap kesihatan ekonomi oleh orang-orang biasa seperti kita semua? Kerana bila kita bertanyakan kepada ‘pakar-pakar’ ini, mereka ada terma yang sungguh sedap didengar dan kita terus terlupa realiti sebenar. Nak puaskan hati sendiri saja. Selain terma, mereka juga akan menggunakan angka. Dua ini saja senjata ampuh mereka yang acapkali digunapakai.

Sekali lagi persoalan yang saya ingin timbulkan, apa perubahan ke atas hidup kita semua? Harga barang masih tinggi – inflasi juga mungkin, kos sara hidup bukan main lagi. Itu belum lagi ambil kira nak kumpul duit kahwin, sampai tua kerepot jawabnya kalau nak diharapkan wang yang disimpan tiap-tiap bulan – sebab dapat tak lah seberapa…

Perkara remeh yang saya maksudkan tadi adalah; pertama – mengapa kenyataan kedua-dua orang berpengaruh ini sama saja? Kedua- artikel Khairy adalah pada muka enam manakala wawancara Nor Mohamed di muka tujuh – sebelah menyebelah.
Agak pelik juga merenung, saja suka-suka beratkan kepala.

Saya dapat menghidu bau-bau propaganda di sini. Mungkin dengan membaca buku Hikayat Khairy karangan Malaysia Today mampu memberi pembayang kepada ramai orang! Cuba korek balik artikel ini, dan lepas itu selak lembaran-lembaran dalam buku yang dinyatakan tadi. Skrip macam sama saja- hanya mereka yang terlibat sajalah yang tahu apa yang berlaku di sebalik tabir.

Bagi khalayak umum, teruskanlah menyaksikan drama-drama yang bakal diciptakan saban hari. Percaya atau tidak pada pernyataan mereka bukanlah persoalan utama di sini, tetapi realiti hidup sehari-hari di negara ini, dengan jurang kaya-miskin secara kuantitatif itu harus diperhatikan seeloknya. Angka dan terma, itu boleh jadi ikut sedap rasa nak bercakap atau pun skrip yang sudah di aturkan! Renunglah wahai kalian semua…


**Nota dalam tanda kuotasi diciplak terus dari sumber asal.
27 Februari 2007

Wednesday, February 14, 2007

ekonomi emosional

Baru saja ada masa untuk merenung, duduk termenung dan berfikir sejenak mengenai perihal sekeliling dalam tempoh beberapa ketika – tidak terlalu lama pastinya. Ada persoalan yang ingin ditanak biar masak. Satu yang berlegar adalah perihal kos hidup yang semakin meruncing di saat pemimpin negara ini sibuk mewar-warkan pertumbuhan ekonomi yang positif!

Taik palat!

Sekali-sekali merenung permasalahan ini mampu membuatkan individu menjadi emosional. Ia berlaku bilamana kita mahu berfikir dan akhirnya mula menyedari segala muslihat dan sandiwara mereka-mereka yang ada tanggungjawab dan kepentingan tersembunyi.

Mengapa taraf hidup warga Malaysia kelas sederhana dan rendah semakin terhimpit kini? Walhal, pelbagai statistik didedahkan oleh pemerintah yang mahu menyogok minda rakyat bahawa ekonomi negara berada pada paras yang baik dan mampu berkembang.

Wang sudah tiada nilai – hanya angka dan akan lenyap terus…

Perihal tol paling menyakitkan hati. Perasaan benci akan lahir dalam setiap diri yang tidak berkepentingan dalam isu konsesi berkenaan apabila melihat kaki temberang bernama Samy Vellu muncul memberikan tepisan yang tidak langsung menjelaskan keadaan.

Satu dikotomi sahih: Caj tol naik kerana pihak pemerintah tidak ada banyak wang untuk mengikut apa saja perjanjian yang mereka pandai-pandai meterai dulu (wang habis sebab rasuah!) dan membayar pihak konsesi lintah darat berkenaan. Maka beban itu dipindahkan kepada rakyat yang makmur ini. Mereka tahu rakyat tidak dapat berbuat apa-apa kerana kesedaran sivil masyarakat di Malaysia ini berada pada paras buku lali saja!

Samy Velly ini bodoh dan bebal. Pada fikiran Samy ini, apa saja yang keluar dari mulutnya akan ditelan mentah-mentah oleh umum. Katanya pemerintah membuat perjanjian bagi pihak rakyat… sekaligus mengambil keputusan yang menguntungkan rakyat. Pernyataan ini keluar dari mulut Samy kerana dia sedar segala kos dan perbelanjaan oleh kerajaan adalah dengan hasil duit yang dikutip daripada rakyat pelbagai lapisan.

Sesuatu keputusan yang dikatanya memelihara kepentingan rakyat namun tidak sampai kepada pengetahuan rakyat – macam mana pulak kes itu? Bila ada yang mempersoalkan kandungan konsesi lebuhraya itu, Samy dengan muka toya menjawab bahawa ia adalah antara kerajaan dan pihak konsesi saja. Tapi pada masa yang sama kedengaran darinya bahawa itu mengandungi kepentingan rakyat. Buah pelir si Samy ni besar sebelah agaknya, sebab itulah bercakap pun tak tentu arah!

Semua perjanjian yang berkaitan dengan konsesi lebuhraya ini secara serta-merta diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apa cerita? Betul ke si Samy ini cakap serupa bikin?

Tak perlulah anda yang budiman menatap wajah babun tua ini. Tak perlu juga apa-apa tindakan diambil, cukup untuk semua rakyat di tanah ini menunggu saat Samy mati saja! Tempoh terlalu lama mentadbir di satu-satunya Jabatan Samy menjadikan di tugu yang susah nak di alihkan. Bebal dan kebalnya sudah sampai ke tahap akar umbi, susah dah nak cantas atau tebang benda begini.

Duit rakyat yang membayar cukai digunakan tetapi terus-menerus menafikan hak rakyat untuk ambil tahu bagaimana duit ini dibelanjakan. Haprak punya orang. Di sini aku tak akan menggunakan perkataan pemimpin untuk Samy, kerana dia bukan pemimpin aku!

PTPTN pun satu hal. Riba bukan main terasa. Aku sendiri sudah mula membayar balik pinjaman berkenaan, namun kos riba itu menjadikan aku malas nak bayar dah. Boleh pula perkara macam ni terus subur dalam Islam Hadhari hari ini. Baiklah, Malaysia… berhenti bercakap berkenaan Islam Hadhari mulai hari ini. Anda tidak faham, aku pun sama tak faham. Bagi yang menduduki kerusi politik, terma berkenaan hanyalah polemik kosong untuk memperlihatkan kebaikan diri sendiri. Walhal, mereka yang mencetus idea itu pun gagal memahami apa yang terpacul dari mulut mereka. Buktinya, masyarakat masih legi berada pada takuk lama duiawi, tak banyak dapat diubah oleh kelompok-kelompok yang hanya banyak cakap seperti mereka ini.

Untuk seorang anak muda yang baru cuba-cuba mahu hidup dikota Kuala Lumpur ini dengan gaji pokok pemegang ijazah, ia umpama indah khabar dari rupa. Memang besar jumlah yang diperoleh, namun besar juga jumlah yang perlu dibelanjakan.

Aku cukup-cukup tak bersetuju dengan pernyataan orang politik yang sentiasa mahu menampakkan yang elok-elok saja mengenai situasi semasa. Aku tidak berharap kepada siapa-siapa di atas sana untuk mengubah keadaan. Orang-orang tua ditampok pemerintahan banyak yang gelojoh belaka. Cuma aku percaya kerahan kolektif saja yang dapat mengajar si tua bangka lagi bebal ini. Khusus ditujukan kepada anak-anak muda yang mempunyai kudrat yang lebih.

Tapi itu pun tak ramai yang ambil peduli. Orang muda hari ini ramai juga yang mahu memilih jalan bebal seperti generasi tuanya dengan cara lekas khayal duniawi dan tak mahu ambil kisah perihal semasa sekeliling. Hidup, hiduplah, mati, matilah!

-12:39am 14 Februari 2007 – pantai dalam

Friday, February 09, 2007

khutbah minyak beku

Saya bersembahyang Jumaat di masjid Kg. Kerinchi tengah hari tadi. Kemudahan memang cukup bagus, cukup sifat sebagai sebuah masjid era kini. Ada projektor paparan video sekali! Tapi saya sangat-sangat terbius dengan khutbah yang disampaikan.

Tajuk minggu ini - Menangani pembiakan nyamuk aedes dan denggi - lebih kurang macam itu lah. Apalah sangat rasional di sebalik topik ini?

Di kala mana saat ini si bangsat Yahudi sedang sibuk mengorek perkarangan Masjid Al-Aqsa di Timur Tengah, umat Islam di satu sudut kecil Malaysia ini diperdengarkan perihal seekor nyamuk dan jentik-jentik. Saya setuju dengan kenyataan yang Islam menganjurkan umatnya memelihara kebersihan diri dan persekitaran.
Tapi tajuk itu tak payah tunggu untuk diperdengarkan di masjid, tambahan lagi untuk khutbah Jumaat. Semua orang dah tau dah, denggi dan nyamuk halus yang bawa virus itu.

Di sekolah, budak-budak kecil dan belajar pasal benda itu. Kalau tak percaya, tanya mereka apa itu 'fogging'. Bagi orang tua-tua, dah tak payah nak diperingatkan lagi dah, sebab mereka yang tak kesah hal seperti ini sememangnya bebal!

Terus terang, khutbah hari ini membuatkan saya rasa seperti menghadiri seminar kesihatan di Kg. Kerinchi ini!
Kalau topik itu dikupas dengan lebih berani dan dari sudut yang berbeza, boleh tahan lagi. Tapi ini tak berlaku. Semua benda-benda sama. Statistik jangkitan denggi - nak buat apa bagi tahu masa khutbah, dalam siaran RTM 1 pun selalu ada terpapar.

Perhimpunan seminggu sekali di rumah Allah ini sepatutnya digunakan secara optimum. Berbincanglah hal-hal yang lebih serius. Siapa salah kalau orang tak dengar khatib baca khutbah kalau topik yang dikupas pun tak berapa nak sesuai?

Kalau begitu, maksud khutbah Jumaat itu pun tak sampailah. Khutbah itu rukun dalam solat Jumaat, kalau rukun berkenaan tak sempurna, macam mana pula ibadat solatnya?

Ustaz-ustaz, khatib, jemaah qariah masjid tolong jawab... Sibuk suruh orang lain muhasabah, sendiri punya hal tak reti pula nak muhasabah. Semuanya munasabah saja kalau dia yang buat.
Satu soalan - khutbah walaupun tetap dilakukan sebagai rukun dalam solat Jumaat namun tak ada jemaah yang dapat memanfaatkan isi kandungannya - adakah ia dikira sah? Ibadat solat Jumaat itu dikirakah?
Jangan tipu, siapa-siapa pun tak boleh jawab soalan ini! Sekali lagi, ustaz-ustaz, tok imam, haji, ahli jawatan kuasa masjid, alim ulama, mufti - tolong jawab. Jangan asyik sibuk mengendap orang beromen saja, banyak lagi perkara penting lagi serius yang kamu terlepas pandang. Kalau betul hebat, sahut seruan untuk ubah masyarakat. Barulah orang hormat! Baru boleh jadi orang yang mulia...

-ruang pejabat, pj. 9 Februari 2007 6.13pm