Sunday, November 18, 2007

naik sheikh

Dulu, nasi lauk ayam dan kubis 'ruji' saya di Restoran Pelita Bangsar - tak sampai setahun - berharga RM4.70. Kini, benda yang sama - dalam kuantiti yang makin kurang - berharga RM5.20.

Coklat Kit Kat Crunch masa mula-mula saya ketagih harganya RM1.80. Tak lama lepas itu naik kepada RM2.00. Naik lagi ke RM2.20 dan semalam, di stesen Petronas Jalan 222, PJ harganya salin lagi kepada RM2.70. Dalam masa setahun dua ini harga coklat bangang itu naik berkali-kali!

Roti canai, paling bodoh harga standardnya sekarang adalah RM1.00. Itu roti kosong tu, tak ada apa-apa isi. Mungkin, pagi tadi adalah sarapan paling murah pernah saya dapat - roti kosong dan teh ais = RM2.20 di Restoran Mydin, Bangsar Utama. Tempat lain jangan harap.

Roti Gardenia. Seingat saya, ketika aktif menyimpan roti dirumah untuk melalui hari-hari 'kering' tak lama dulu, harganya RM1.90. Kini dah berubah, semua berubah. Harga barunya RM2.20 - kalau tak silap. Eh, RM2.10 kot, dekat-dekat situlah angkanya...

Nasi kandar Zainul di PJ Newtown. Pertama kali saya makan di situ bermula tiga tahun dulu, hidangan ayam separuh dengan kubis / tauge cuma RM3. Sesuailah sangat ketika masih menuntut dulu di UM - duit tak banyak. Maka, kerap menyinggah di hujung minggu. Lepas itu, tahun sudah, harga dah tukar kepada RM3.50 - hidangan yang sama. Semalam, dah jadi RM4.00.

Minyak, tak lama lagi naiklah, tunggu.

Ini baru bab-bab keperluan asas, soal makan minum. Belum masuk sewa rumah, pakaian. Ini bukan hal nak beli rumah, pergi shopping. Ini perihal paling rendah untuk hidup. Itu pun sudah cukup terkesan dan terhimpit.

Kepada yang merokok, kos hidup memang lagi tinggilah. Ini bukan petanda yang bagus walau apa pun ayat yang akan keluar dari mulut ahli politik kaldai kita.

Selamat menyesakkan hidup. Untuk menahan lapar nanti, beralihlah kepada membaca buku banyak-banyak. Buku ada kuasa mistik untuk melawan kelaparan. Saya tak tipu.

1 comment:

mardhiah said...

Betul tu. Sayalah orang yang paling seronok bile rege naik, ada motivasi untuk selalu berpuasa sunat. Turun sikit berat badan.

Tapi kalu parents yang anak-anak tengah nak membesar dan tengah kuat makan lagi aktif...parah tu. Silap hari bulan kalau tak cukup makan boleh membantutkan pertubuhan fizikal dan otaklah pula.